Wan Azizah lancar buku biografi Tan Sri Asiah Abu Samah
Iklan
KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melancarkan buku biografi bertajuk"Tan Sri Asiah Abu Samah A Women of Substance” di Persatuan Alumni Universiti Malaya Clubhouse di sini.
Buku mengandungi 203 halaman itu menceritakan perjalanan kerjaya tokoh pendidikan negara itu dan merupakan penghormatan terhadap kepimpinan, visi dan sumbangan beliau yang juga merupakan bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia wanita pertama.