CRISTIANO Ronaldo menghidupkan semula harapan tipis Al-Nassr untuk memenangi gelaran Liga Pro Saudi pada musim pertamanya di kelab itu selepas menjaringkan penalti dalam kemenangan 2-0 ke atas Al-Ta'ee pada Rabu.
Ronaldo meletakkan Al Nassr di hadapan menerusi sepakan penalti tujuh minit selepas separuh masa kedua bermula dan pemain Brazil, Talisca menjaringkan gol kedua sepuluh minit sebelum perlawanan ditamatkan.