Pengeluaran durian di Kedah dijangka turun sehingga 30 peratus
Iklan
Hasil tanaman durian di Kedah dijangka turun 30 peratus akibat cuaca panas melampau. Gambar kecil: Ramli
ALOR SETAR - Jabatan Pertanian Negeri Kedah menjangkakan hasil tanaman durian akan menurun sehingga 30 peratus akibat cuaca panas melampau yang melanda negara ketika ini.
Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Ramli Abdul Rahman berkata, pengeluaran durian pada tahun ini dijangka bermula pada penghujung Jun sehingga Julai depan.
Iklan
Iklan
Katanya, antara jenis durian yang terjejas termasuk durian kampung dan klon yang ditanam di sekitar Padang Terap, Sik, Baling dan Bandar Baharu.
"Tanaman durian ini unik sedikit, ia tidak memerlukan kuantiti air yang banyak tetapi sekiranya tiada air langsung, ia akan mati walaupun pokok itu sudah berpuluh-puluh tahun hidup," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Jabatan Pertanian Negeri Kedah di sini, pada Isnin.
Iklan
Ramli berkata, sebagai langkah penyelesaian, Jabatan Pertanian telah memperkenalkan teknologi penggunaan air bawah tanah untuk mengairi tanaman.
"Ada dua cara iaitu air permukaan (surface water) atau air bawah tanah (ground water) tetapi kalau cuaca panas macam sekarang, air permukaan pun kering.
Iklan
"Kalau hendak buat cara air bawah tanah pula, kosnya agak tinggi sehingga ratusan ribu, jadi ia bergantung kepada bajet pengusaha itu sendiri," katanya.
Tambah Ramli, Jabatan Pertanian tiada hak untuk memaksa pengusaha menggunakan teknologi tersebut kerana sedar ia memerlukan kos yang tinggi.
"Kita hanya boleh perkenalkan teknologi tetapi pelaksanaannya bergantung kepada pengusaha durian itu sendiri.
"Ada juga yang terpaksa menggunakan air dari Syarikat Air Darul Aman (SADA) kerana tiada sumber air lain, tetapi mereka perlu membayar bil air yang agak tinggi,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ramli berkata, isu lambakan buah tembikai yang berlaku di Kedah telah diselesaikan oleh pihaknya.
"Jabatan telah berbincang dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri bagi menyelesaikan masalah penjualan buah berkenaan.
"Saya difahamkan FAMA sudah mengambil buah-buah itu daripada peniaga. Kalau sebelum ini, buah tembikai dijual dengan harga RM3.50 sekilo tetapi sekarang dijual dengan harga antara RM1 hingga RM1.50 sekilo.
"Kalau ikut ia masih memberi pulangan modal kepada peniaga tetapi keuntungan yang diperoleh berkurangan sedikit," katanya.
Baru-baru ini, media tempatan melaporkan beberapa peniaga buah tembikai di Kedah mendakwa mengalami kerugian akibat lambakan buah itu selain keadaan cuaca panas yang menyebabkan tembikai yang disimpan menjadi cepat rosak.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.