Lebih 400 pelajar manfaat sumbangan al-Quran

Iklan
Tengku Munazirah (tengah) menyampaikan sumbangan al-Quran sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Al-Quran kepada Sanusi di SMK Putera

KOTA BHARU - Lebih 400 pelajar Sekolah Menengah Putera, Sekolah Sukan Negeri Kelantan dapat memanfaatkan 50 naskhah al-Quran yang disumbangkan oleh Pertubuhan Harapan Istimewa Malaysia pada Ramadan lalu.

Presiden pertubuhan itu, Tengku Munazirah Tengku Abdul Samad Shah Al-Haj berkata, sumbangan membolehkan sekolah berkenaan melaksanakan program tadarus dan khatam al-Quran sempena sambutan Ihya Ramadan 2023.

Sanusi (lima dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Mohd Nasir.

Iklan
Iklan

"Sumbangan orang ramai membolehkan lebih banyak al-Quran diwakafkan terutama kepada golongan dan kumpulan yang memerlukan.

Hadir sama, Penasihat Bersama Karangkraf, Datuk Mohd Nasir Hamzah; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Putera, Kamarulzaman Hussin dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sanusi Osman.

Pelajar turut membaca al-Quran sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Al-Quran di SMK Putera.

Iklan

Tengku Munazirah memberitahu, pihaknya turut menerima permohonan sebanyak 200 naskhah Buku Iqra' daripada Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa, Pasir Puteh bagi menggantikan al-Quran yang lusuh.

Pertubuhan Harapan Istimewa Malaysia yang juga dikenali sebagai The Hope Factory Malaysia ditubuhkan pada tahun 2012 dan merupakan sebuah NGO yang fokusnya terdiri daripada tujuh kategori iaitu program wakaf al-Quran rawatan perubatan, rumah kebajikan kanak kanak dan fakir miskin, bidang pendidikan, mereka yang kebuluran dan perlindungan untuk haiwan terbiar.

Iklan

Orang ramai yang mahu berwakaf boleh berbuat demikian melalui akaun 8603574107 CIMB atas nama Pertubuhan Harapan Istimewa Malaysia.