MAF fokus sasaran 95 peratus akhiri AIDS

Iklan
Dari kiri, Ketua sektor HIV/STI/Hepatitis C, Dr Anita Suleiman, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli, Datin Paduka Marina Mahathir dan Dr Adeeba.

SHAH ALAM - Yayasan AIDS Malaysia (MAF) menegaskan negara boleh mengakhiri penyakit berbahaya tersebut jika fokus kepada sasaran 95 peratus penghidap HIV menjalani saringan.

Pengerusinya, Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, selain itu, 95 peratus daripada pesakit yang didiagnosi positif mendapat rawatan antiretroviral manakala 95 peratus lagi yang menerima rawatan mencapai tahap virus tidak dikesan.

Iklan
Iklan

"Kesemuanya bergantung kepada kesiapsiagaan kita dalam meningkatkan akses kepada rawatan dan pencegahan HIV.

"Ia bagi memastikan agar respon HIV/AIDS bebas dari prejudis dan diskriminasi serta dibina di atas landasan saintifik dan berasaskan bukti," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukamanisman memberi penekanan terhadap konsep perkongsian tanggungjawab dan peranan penting MAF dan sektor korporat dalam misi mengakhiri AIDS.

"KKM amat menghargai usaha diterajui MAF dalam mempelbagaikan sumber daya bagi menyokong program-program HIV dan AIDS - bukan sebagai saingan, sebaliknya sebagai pelengkap kepada usaha kerajaan untuk menangani epidemik ini secara lebih efektif dan holistik.

Iklan

"Justeru, kolaborasi ini mengingatkan kita semua bahawa usaha untuk mengakhiri AIDS merupakan tanggungjawab bersama." Tambah beliau.

Bagi Pengerusi Bersama Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kelestarian MAF, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah berpandangan bahawa secara realistik, masa depan respon HIV dan AIDS di negara ini bergantung kepada sejauh kemampuan semua untuk membina sokongan yang lebih besar daripada segenap pihak, khususnya sektor korporat.

Ujarnya, dalam konteks ini, sasaran mengakhiri AIDS menjelang tahun 2030 patut diiktiraf sebagai satu agenda pembangunan negara bagi menarik komitmen Tanggungjawab sosial korporat yang lebih besar dari sektor korporat,

"Ia sekaligus dapat menjadi insentif untuk meningkatkan penarafan ESG mereka," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sime Darby, Dr Yatela Zainal Abidin pula memaklumkan melalui dalam program PAL Scheme, lebih daripada 290 pesakit HIV yang tidak berkemampuan telah diselamatkan dengan diberikan akses kepada terapi antiretroviral kedua yang agak mahal.

"Dengan penajaan Yayasan Sime Darby (YSD) berjumlah lebih RM6.5 juta setakat ini, kami berazam dalam kerjasama jangka panjang untuk membasmi jangkitan AIDS di negara ini menjelang 2030," ujarnya.