Lelaki maut pulang dari beli cincin pertunangan

Iklan
Kedua-dua mangsa tersepit dalam kereta yang remuk dan terbalik sebelum dikeluarkan oleh pasukan bomba. - Foto Awani

KEMAMAN - Seorang lelaki maut manakala bakal tunangnya parah selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 105 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Terminal Minyak Mentah (TCOT) dekat Kerteh, Sabtu malam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, Muhammad Aliff Hafizzudin Samsul, 24, dari Kampung Bukit Kuang, Kemaman, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.

Iklan
Iklan

Bakal tunangnya yang berusia 21 tahun dari Kampung Seberang Pintasan, Dungun, pula parah dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

Ketika kejadian, Muhammad Aliff dikatakan dalam perjalanan menghantar bakal tunangnya itu pulang ke rumah selepas membeli cincin untuk majlis pertunangan mereka.

Iklan

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa menaiki kereta dari arah Kerteh menghala ke Dungun.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dari arah Dungun ke Kemaman dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta mangsa.

Iklan

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya untuk urusan pengebumian.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Awani