Libatkan anak muda dalam proses buat keputusan
Iklan
Nicole berucap pada pusingan kedua sesi forum bertajuk ‘Politik Sebagai Wadah Anak Muda Membina Bersama Negara’ pada Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan 2023 sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Golongan belia sepatutnya dilibatkan dalam sebarang proses membuat keputusan kerana anak muda sentiasa mempunyai idea yang bernas dan segar.
Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Datuk Nicole Wong Siaw Ting berkata, dengan penglibatan anak muda, keputusan dan cadangan yang diberikan diyakini akan dicapai dengan baik.
Iklan
Iklan
"Selain itu, antara lain adalah kena berkomunikasi dengan orang muda melalui sosial media, platform digital.
"Bukan sahaja buat hantaran tetapi berinteraksi dengan orang muda. Kemudian kamu akan dapat banyak idea yang segar,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian semasa Konvensyen Pemuda Perpaduan 2023 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad.
Dalam masa sama, beliau turut menggesa supaya parti dalam kerajaan membentuk kelompok sukarelawan khususnya terdiri daripada orang muda.
Iklan
"Kenapa? Sebab macam saya cakap, akan dapat banyak idea baharu. Kalau tidak bentuk kelompok (anak muda), kita juga yang akan rugi. Sebagai kerajaan, saya gesa parti politik lakukannya,” ujarnya.
Tambah beliau, kolaborasi bersama Ketua Pendapat Utama (KOL) perlu dilakukan bagi menarik minat lebih ramai anak muda.
"Lakukan kolaborasi dengan KOL. Kenapa? Bandingkan satu pembentangan yang dilakukan oleh KOL, dalam masa sama, saya juga buat pembentangan. Mana yang lebih menarik? Semestinya KOL,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Jangan risau Akmal, abang tahu anak muda Melaka mahukan siapa' - Zahid"><meta itemprop="description" content="Suara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menyatakan pendirian tidak akan bertanding sekiranya Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) mendapat perhatian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid memberi jaminan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu tidak perlu khuatir mengenai strategi parti dalam menentukan hala tuju menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795110/berita/politik/jangan-risau-akmal-abang-tahu-anak-muda-melaka-mahukan-siapa---zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNo #PRNMelaka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T12:28:11.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4g916"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4g916"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4g916"></script>