PM ajak orang ramai hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani di Perak
Iklan
Anwar Ibrahim. - Foto Bernama.
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai memeriahkan Rumah Terbuka Malaysia Madani Negeri Perak yang akan berlangsung di Sunway Lost World of Tambun, Khamis ini.
Dalam hantaran di Facebooknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, majlis itu akan bermula pada pukul 6.30 petang.
Iklan
Iklan
"Manfaatkan sambutan Aidilfitri Mubarak dengan kasih sayang dan sikap bersilaturahmi serta bersuai kenal antara satu sama lain,” katanya yang turut berkongsi poster rumah terbuka berkenaan.
Menurut poster itu, majlis itu yang akan berlangsung sehingga pukul 11 malam bakal menyajikan persembahan raja pop legenda, Datuk Jamal Abdillah dan ratu rock negara, Ella, selain beberapa artis lain tanah air.
Iklan
Selain itu, pelakon dan penyanyi Sherry Ibrahim serta Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar turut dijemput sebagai undangan istimewa.
Setakat ini, majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI sempena Aidilfitri telah diadakan di Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kelantan sementara di Terengganu malam ini, manakala esok di Selangor. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>