Bekas Timbalan Presiden PKBM meninggal dunia
Iklan
Naim. - Foto Agensi
BEKAS Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad meninggal dunia pada Jumaat.
Allahyarham meninggal dunia di Hospital UITM Puncak Alam dan perkhabaran itu dimaklumkan oleh anaknya, Athirah Naim dalam satu hantaran di laman Facebook.
Iklan
Iklan
"Dengan berat hati saya memaklumkan kepada anda tentang kematian ayah saya Naim Mohamad pagi ini (Jumaat).
"Jenazah dibawa ke Masjid Kota Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara Seksyen 9.
Iklan
"Jenazah masih di Hospital UITM Puncak Alam,” katanya menerusi catatan di Facebook pada Jumaat.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh menyifatkan bekas timbalan presiden PKBM itu individu yang berdedikasi dan memberikan masa serta tenaganya untuk pembangunan berbasikal semasa memegang jawatan di persatuan itu sejak 1980-an.
Iklan
"Terkejut kita mendengar berita pemergian Datuk Naim.
"Pemergiannya adalah satu kehilangan besar kepada komuniti berbasikal dan beliau akan dirindui oleh kita semua.
"Beliau adalah penasihat yang baik dan sentiasa bersedia untuk membantu kita semua,” katanya.
Allahyarham berkhidmat sebagai Setiausaha PKBM semasa kepimpinan Tan Sri Darshan Singh pada tahun 1988 dan selepas itu sebagai Timbalan Presiden dengan Datuk Abu Samah Wahab sebagai presiden.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>