RUU penubuhan Majlis Media Malaysia jangka dibentang Mac 2024

Iklan
Fahmi menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Aidilfitri KKD di Auditorium Perdana, Angkasapuri hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC) dijangka dibentangkan di Parlimen menjelang Mac tahun depan, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Setakat ini, beliau berkata, proses itu memerlukan satu memorandum mengenainya dikemukakan kepada kabinet.

Iklan
Iklan

"Kami perlu melalui proses itu terlebih dahulu, kemudian melalui Pejabat Peguam Negara dan seterusnya ke Parlimen.

Kami berharap sebelum penghujung tahun sama ada dalam sesi Oktober atau sesi Februari atau Mac 2024, RUU itu boleh dibentangkan,” katanya kepada media selepas perjumpaan bulanan kementerian itu di sini hari ini.

Iklan

Pada 3 Mei lepas, Fahmi dilaporkan berkata, kerajaan sedang melihat kepada beberapa RUU berkaitan media, termasuk draf RUU untuk penubuhan MMC dalam usaha memastikan kebebasan akhbar di negara ini.

Beliau berkata, pada masa ini draf RUU MMC berada di peringkat perbincangan dalam kalangan organisasi media, syarikat berkaitan dan persatuan pengamal media. - Bernama

Iklan