Tiada peniaga warga asing di Pasar Besar Jalan Meru - MPK
Iklan
SHAH ALAM - Hasil bancian yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) mendapati kesemua peniaga dan pemegang lesen di Kompleks Pasar Besar Jalan Meru adalah rakyat tempatan, manakala warga asing yang berada di premis berkenaan hanya sebagai pembantu.
Pengarah Pengurusan Pasar dan Penjaja MPK, Azhar Samsudin berkata, pihaknya tidak berkompromi terhadap dakwaan isu peniaga warga asing di pasar itu dan mensyaratkan hanya warganegara sahaja yang layak memohon premis.