Zahid perlu cari jalan pulihkan Umno: Jamal
Iklan
Jamal (kanan) beramah-mesra bersama ahli Umno pada Program Taklimat dan Penerangan bersama Ketua Cawangan Umno Bahagian Sungai Besar, di Bangunan Umno Bahagian Sungai Besar, di sini, malam tadi.
SUNGAI BESAR - Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta mengambil langkah drastik dalam menangani trend pucuk pimpinan dan Ahli Parlimen Umno keluar parti.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, terdapat kebimbangan di peringkat akar umbi terhadap kedudukan parti itu terutama selepas berlaku kepincangan Umno Sabah.
Iklan
Iklan
"Sekarang ini sudah ada suara-suara kebimbangan tentang hilang keyakinan kepada presiden, apatah lagi hanya tinggal 44 Ahli Parlimen Umno dan ini boleh membuatkan hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.
"Ini menandakan kepimpinan Presiden Umno itu sendiri sudah amat rapuh," katanya pada Program Taklimat dan Penerangan bersama Ketua Cawangan Umno Bahagian Sungai Besar, di Bangunan Umno Bahagian Sungai Besar, di sini, malam tadi.
Iklan
Justeru, Jamal menegaskan, kepimpinan tertinggi parti itu diingatkan supaya mengambil kira pandangan daripada pucuk pimpinan di peringkat Umno bahagian.
"Saya berharap bos di atas sana, mencari jalan solidariti supaya (sokongan terhadap Umno) dikembalikan, malah jika kita perlu berkorban, kena berehat dan sebagainya perlu ikut suara akar umbi," katanya.
Iklan
Bagaimanapun, katanya, pendirian beliau sebagai ketua bahagian yang diberikan mandat dan kepercayaan dalam kalangan ahli masih lagi menghormati sistem dalam Umno.
"Sebenarnya, saya bimbang apa yang berlaku ini saya sendiri pun akan hilang kepercayaan kepada presiden parti.
"Saya tak kata untuk jam 12 malam (semalam), saya hilang kepercayaan, tapi tak tahulah esok lusa," katanya.
Mengulas mengenai sokongan cawangan Umno Bahagian Sungai Besar terhadap parti dan kepimpinan tertinggi Umno, Jamal memberitahu, semua 113 cawangan Umno itu berpendirian masih taat dan setia dalam perjuangan parti.
Katanya, masih tidak ada satu pun cawangan Umno bahagian itu menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi dan parti.
"Kalau ada pun, hanya (ada) beberapa (ahli Umno) sahaja boleh dibilang dengan jari yang mengikut keluar parti, tetapi mereka yang keluar parti ini tidak pula menyatakan mereka mengikut parti lain.
"Mereka yang keluar daripada Umno mungkin disebabkan ada kepentingan peribadi, perniagaan dan sebagainya," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: PN belum muktamad agihan kerusi, intai tambahan dua kerusi"><meta itemprop="description" content="PRN Melaka: PN belum muktamad agihan kerusi, intai tambahan dua kerusi
Perikatan Nasional (PN) masih berunding bagi memuktamadkan pembahagian kerusi bersama parti dalam gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dengan sasaran mendapatkan tambahan dua kerusi daripada tujuh yang dibincangkan setakat ini bersama UMNO.
Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rundingan berkenaan masih berlangsung dan keputusan akhir dijangka dibuat dalam masa terdekat, termasuk kemungkinan satu atau dua kerusi tambahan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801616/berita/politik/prn-melaka-pn-belum-muktamad-agihan-kerusi-intai-tambahan-dua-kerusi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #Pas #UMNO"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-23T08:09:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqn2jq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqn2jq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqn2jq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Pas nafi sepentas umum calon dengan BN"><meta itemprop="description" content="PRN Melaka: Pas nafi sepentas umum calon dengan BN
Pas menafikan akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka secara bersama atau sepentas dengan Barisan Nasional (BN) seperti yang dinyatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.
Sebaliknya, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu dijangka mengumumkan calon yang akan bertanding pada 28 atau 29 Oktober ini, iaitu pada minggu terakhir sebelum hari penamaan calon.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801612/berita/politik/prn-melaka-pas-nafi-sepentas-umum-calon-dengan-bn
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #Pas #UMNO"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-23T08:00:22.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P41S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqmzj6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqmzj6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqmzj6"></script>