BN pertimbang rakan sekutu Kerajaan Perpaduan guna logo dacing
Iklan
Mohamad Hasan
KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) sedang mempertimbangkan hasrat parti bersekutu dalam kerajaan Perpaduan untuk menggunakan logo dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hassan memberitahu, parti-parti itu mahu menggunakan logo gabungan itu di beberapa negeri yang dianggap mempunyai kelebihan.
Iklan
Iklan
"Apa yang kita sedang pertimbangkan adalah ada rakan sekutu (kerajaan Perpaduan) yang mahu menggunakan lambang kita (dacing) di negeri-negeri tertentu kerana ada strategi pilihan raya yang boleh memberi sedikit impak," katanya selepas majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini pada Rabu.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan parti berkenaan atau negeri yang terlibat.
Iklan
Dalam pada itu, Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata, Dewan Tertinggi BN telah mengambil keputusan untuk menggunakan logo dacing pada PRN nanti.
"Kita telah menyatakan dan memutuskan bahawa PRN di enam negeri, kita akan menggunakan lambang sendiri dan akan berkempen atas pentas kita.
Iklan
"PRN ini akan menjadi satu petunjuk kepada sejauh mana sokongan pengundi kepada BN dan dari situ kita akan membuat langkah-langkah yang bersesuaian untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)," jelasnya.
Sebelum ini media melaporkan, enam negeri sepakat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada dua minggu terakhir Jun depan bagi memberi laluan kepada PRN.
Negeri-negeri berkenaan ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, dan Terengganu.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini memaklumkan, kata sepakat itu dicapai menerusi mesyuarat antara Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri terbabit pada Februari lalu. - Awani
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>