Bayi Selangor ditawar tabungan RM100 setahun

Iklan
Anas tawar tabungan RM100 kepada bayi yang lahir di Selangor

SHAH ALAM - Kerajaan negeri menawarkan tabungan RM100 setahun kepada bayi yang lahir di Selangor menerusi Iltizam Anak Selangor (Anas).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, seramai 7,654 bayi yang lahir di Selangor pada tahun lepas hingga Mac lepas layak menerima manfaat itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Anas masih dibuka kepada lebih 20,000 bayi sehingga hujung tahun ini.

"Sumbangan ini dimasukkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime bagi membantu persediaan pendidikan," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Rabu.

Iklan

Ujar beliau, Bajet Selangor 2023 memperuntukkan RM3 juta untuk menjayakan Anas dengan sasaran 30,000 bayi menerima RM500.

Ujar beliau, bayi yang lahir di Selangor bermula 2022 dan menetap di negeri ini selain merupakan warganegara boleh memohon di anas.yawas.com.my segera.

Iklan