Saintis China temukan bahan kaca dari tanah di bulan

Iklan
Ahli penyelidik China berjaya menemukan pelbagai jenis bahan kaca daripada sampel tanah di Bulan. - Foto EPA

BEIJING - Ahli penyelidik China berjaya menemukan pelbagai jenis bahan kaca daripada sampel tanah di Bulan yang dibawa pulang prob Chang'e-5.

Institut Fizik Akademi Sains China (CAS) mengesahkan bahan kaca berkenaan terbentuk selepas mengalami perubahan fizikal daripada pepejal, cecair dan gas di regolitos qamari.

Iklan
Iklan

Hasil kajian yang diterbitkan dalam jurnal National Science Review turut mencatatkan penemuan buat kali pertama gentian kaca semula jadi di sampel tanah itu.

"Ia mengesahkan kebolehlaksanaan menggunakan tanah Bulan untuk memproses dan menghasilkan bahan binaan daripada kaca.

Iklan

"Dapatan kajian itu memberikan sokongan penting kepada projek pembinaan pangkalan penyelidikan di Bulan pada masa hadapan,” kata beliau. - Bernama

Iklan