Kadar pengangguran Kelantan tinggi pada Februari
Iklan
Nora - Foto Bernama
KOTA BHARU - Kadar pengangguran di Kelantan tinggi apabila merekodkan 4.1 peratus pada Februari lepas, kata Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan, Nora Yaacob.
Beliau berkata, berdasarkan data yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan (DOSM) itu, kadar pengangguran di negeri itu adalah tinggi berbanding kadar pengangguran negara iaitu 3.6 peratus.
Iklan
Iklan
Menurut Nora, memilih kerja antara faktor dikenal pasti menyebabkan kadar pengangguran di Kelantan tinggi.
Iklan
"Selain itu, kebanyakan rakyat negeri ini bekerja sendiri dan tidak formal. Faktor ini menyebabkan kadar pengangguran tinggi iaitu 4.6 peratus pada Disember tahun lepas, Januari (4.4 peratus) dan Februari (4.1 peratus),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perkeso Kelantan di Wisma Perkeso di sini pada Isnin.
Iklan
Nora berkata, bagi mengurangkan kadar pengangguran itu, pihaknya bercadang untuk mendapatkan penempatan pekerjaan sebanyak mungkin bagi membantu rakyat yang mahu bekerja.
"Sasaran penempatan yang ditetapkan tahun ini adalah 6,800. Tahun lepas kita berjaya capai sasaran apabila berjaya menempatkan 5,500 individu bekerja,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung"><meta itemprop="description" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung
Deruman enjin jentera berat menggegarkan suasana kampung apabila 10 jentolak, dua lori dan beberapa kenderaan pacuan empat roda menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perarakan sejauh kira-kira 300 meter itu mencuri perhatian penduduk apabila deretan jentera yang lazimnya digunakan di kawasan perlombongan pasir tampil memeriahkan sambutan kemerdekaan bersama masyarakat setempat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794247/edisi/kelantan/perarakan-jentolak-sempena-merdeka-gegar-suasana-kampung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #HariKebangsaan #Perarakan #Jentolak #PasirMas"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-31T06:48:40.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P131S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2njc6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2njc6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2njc6"></script>