Skuad chinlone sumbang perak

Iklan
Skuad chinlone lelaki menceriakan kontinjen negara apabila menyumbangkan pingat perak pada Sukan SEA 2023. - Foto AFP

SKUAD chinlone lelaki menceriakan kontinjen negara apabila menyumbangkan pingat perak pada Sukan SEA 2023 di Dewan Bola Keranjang Kompleks Olimpik, di sini pada Ahad.

Dalam acara same stroke itu, pasukan negara mengutip keseluruhan 179 mata selepas mengumpul 89 dan 90 mata masing-masing pada set pertama dan kedua.

Iklan
Iklan

Tuan rumah Kemboja dan Myanmar, masing-masing berkongsi pingat gangsa selepas mengutip keseluruhan 175 dan 174 mata.

Pengurus pasukan skuad sepak takraw negara Ahmad Jais Baharun berpuas hati dengan pencapaian itu yang menepati sasaran ditetapkan.

Iklan

"Jumlah kutipan mata juga tidak jauh berbeza semasa ketika membuat latihan... purata dalam 90 hingga 100 mata bagi satu set,” katanya yang mengakui bahawa Thailand terlalu unggul dalam acara berkenaan.

Beliau berharap pasukan negara dapat menghasilkan keputusan positif dalam acara chinlone (linking) esok. - Bernama

Iklan