Kerajaan Perpaduan perlu pentadbiran kuat stabilkan ekonomi - Anwar
Iklan
Anwar (tengah) bersama Ahmad Zahid (kiri) dan Aminuddin (kanan) ketika hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Sembilan dan Malaysia Madani di Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS) pada Ahad. - Foto Bernama
SEREMBAN - Kerajaan Perpaduan perlu menunjukkan ketersediaan kepimpinan bagi memastikan pentadbiran hari ini kuat dan stabil, sekali gus mampu untuk menstabilkan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, ini kerana sekiranya kerajaan tidak stabil dan pemacuan ekonomi tidak kukuh, nasib negara khususnya rakyat tidak akan terbela.
Iklan
Iklan
"Petang ini Pengerusi Geely, salah satu syarikat automobil kenderaan terbesar negara akan menemui saya dan kemudian akan mengumumkan peruntukan berpuluh bilion.. untuk jadikan Malaysia sebagai markas automobil di rantau ini.
"Sebelum ini kita tahu tentang syarikat Amazon Web Services (AWS) yang bersetuju jadikan Malaysia sebagai pangkalan, banyak negara mohon, Filipina, Indonesia dan lain-lain... semua mengharapkan AWS memilih negara mereka,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat Aidilfitri pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia Madani yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun di sini pada Ahad.
Anwar berkata, keadaan itu disebabkan pelabur berkenaan yakin dengan kepimpinan, kestabilan dan masa depan negara, justeru penekanan kepada kestabilan politik perlu diberi perhatian utama.
Iklan
"Menteri sebelum ini kata ini jasa mereka, saya tak nafikan ada yang cuba memujuk AWS, tapi mengapa mereka (AWS) hanya jawab setelah Kerajaan Perpaduan dibentuk dan stabil, dia datang sini,” katanya.
Sementara itu, Anwar berkata, dua lagi pusat data akan diwujudkan dalam negara, sekali gus memberikan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat.
"Kita ada satu sistem dunia digital yang besar di Johor, satu lagi akan ditubuhkan di Cyberjaya dan satu belum lagi diputuskan yang akan diumumkan kemudian,” katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri mencadangkan mana-mana pihak atau ahli Parlimen yang merasakan mahu membuat undi tidak percaya terhadap kerajaan, boleh berbuat demikian pada persidangan Parlimen akan datang.
"Jika tidak riuh-rendah, bisik sana bisik sini, 126, 114, ini apa, dan saya berikan laluan. Dahulu mahu bawa usul tidak boleh kerana Perdana Menteri dahulu isytiharkan darurat dan kemudian gantung Parlimen.
"Perdana Menteri sekarang, saya tidak gantung Parlimen, tidak ada darurat, lawan di Parlimen, itu baru cara kita tadbir, sebab apa? Kita mahu matikan keluh-kesah soal kestabilan politik ini, supaya tumpu usaha membela nasib rakyat dan jaga kebajikan rakyat," katanya.
Lebih 20,000 pengunjung dijangka hadir ke majlis berkenaan yang bermula 10 pagi hingga 4.30 petang dengan 52 reruai makanan disediakan untuk dinikmati, termasuk hidangan lemang daun lerek, rendang maman, apam Johol dan cendol. - Bernama
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT