Tinjauan cuaca panas

Iklan
Seorang pekerja Nursery Amir Danial Ahmad menyiram anak pokok yang dijual di tapak semaian hari ini.

Menurut Amir kerja menyiram air dilakukan lebih kerap setiap hari bagi memastikan tanaman kekal segar ketika situasi cuaca panas kini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan negara ketika ini masih lagi berada dalam cuaca panas dan dijangka akan berlanjutan dalam tempoh yang agak panjang iaitu sehingga Ogos susulan musim peralihan monsun.