MAFS cuba wujudkan sistem data raya bekalan sayur
Iklan
SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) sedang berusaha mewujudkan satu sistem data raya bekalan sayur yang akan dapat memberikan maklumat mengenai situasai bekalan komoditi itu dalam negara pada masa sebenar dengan lebih tepat, kata menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan tarikh tepat bila sistem itu akan siap untuk dilaksanakan sepenuhnya, namun memberi jaminan bahawa pihaknya sedang berusaha gigih, cuba membangunkannya dalam tahun ini.