Wanita hina Sultan Perak direman empat hari

Iklan

SHAH ALAM - Seorang wanita yang ditahan dipercayai memuat naik video yang mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak di akaun media sosial Tiktok baru-baru ini direman empat hari bagi siasatan lanjut.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan memaklumkan, permohonan reman terhadap suspek sebelum ini dijalankan di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Iklan
Iklan

"Suspek yang diberkas di kawasan parkir kereta di Klang, Selangor pada Sabtu direman empat hari bermula 6 Mei sehingga 9 Mei ini.

"Kes dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Pada Sabtu, polis menahan seorang wanita berusia 34 tahun kerana disyaki memuat naik video yang mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak di akaun media sosial Tiktok, Isnin lepas.