Empat maut kren tumbang di AS

Iklan
Tiga lelaki dan seorang wanita antara mangsa maut dalam insiden kren tumbang di bandar Seattle, semalam.

SAN FRANCISCO - AMERIKA SYARIKAT. Sekurang-kurangnya empat maut manakala empat lagi cedera dalam kejadian kren tumbang di bandar Seattle semalam.

Pihak bomba dalam satu kenyataan berkata, kren tersebut tumbang dari bumbung sebuah bangunan dan menyebabkan enam buah kenderaan rosak.

Iklan
Iklan

Jelas bomba, tiga lelaki dan seorang wanita antara mangsa yang maut, dan dua daripadanya merupakan pengendali kren itu manakala dua lagi mangsa berada dalam kenderaan yang dihempap.

Manakala empat mangsa yang cedera merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun, seorang wanita berusia 25 tahun dan seorang bayi perempuan berusia empat bulan.

Iklan

Mereka yang cedera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Settle Times melaporkan kren itu digunakan untuk pembinaan sebuah kampus baharu Google di bandar itu.

Iklan

Siasatan kejadian itu masih dijalankan untuk mencari punca sebenar insiden tersebut. – AFP