‘Dijemput’ ajal ketika mahu berwuduk

Iklan
Jenazah Ibrahim Omar, 61, diambil polis untuk dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat, malam tadi. (Gambar kecil: Ibrahim Omar)

KOTA BHARU - Seorang warga emas maut ketika mengambil wuduk untuk menunaikan solat Maghrib di Masjid Al-Baroah, Pasar Besar Siti Khadijah di sini, semalam.

Ibrahim Omar, 61, ketika itu baru selesai berniaga di tingkat dua pasar itu sebelum ke masjid untuk menunaikan solat pada jam 7.15 malam.

Iklan
Iklan

Dia bagaimanapun tiba-tiba mengadu sakit dada dan dibantu duduk di kerusi, namun menghembuskan nafas terakhirnya di situ.

Seorang pengunjung wanita yang enggan dikenali berkata, semasa mangsa yang mesra dengan panggilan ‘Pakdo Him’ itu mahu mengambil wuduk dia mengadu sakit dada.

Iklan

"Kebetulan orang ramai yang menyedari keadaan mangsa membantu dengan membawanya duduk di atas sebuah kerusi plastik.

"Bagaimanapun, dia tiba-tiba diam dan apabila pemeriksaan dilakukan dia sudah meninggal dunia.

Iklan

Saya tidak sangka dia meninggal dalam keadaan duduk di atas kerusi dengan kepala bersandar di dinding,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.