14 rumah rosak, ribut landa Kampung Melayu Majidee

Iklan
Keadaan rumah yang rosak akibat dilanda ribut di Kampung Melayu Majidee. - Foto APM

JOHOR BAHRU - Sebanyak 14 buah rumah di Kampung Melayu Majidee terjejas dan rosak akibat ribut pada petang Rabu.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Daerah Johor Bahru memaklumkan, menerima maklumat berhubung kejadian jam 2.48 petang.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, sebanyak 14 rumah penduduk terjejas akibat ribut manakala tiga buah kereta rosak akibat dihempap pokok.

Tangkap layar video tular kejadian ribut di Kampung Melayu Majidee Johor Bahru pada petang Rabu.

"Laporan situasi akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Sebelum itu tular, video berdurasi 39 saat memaparkan kejadian ribut di Kampung Melayu Majidee yang menerbangkan atap rumah dan gerai.

Iklan