Remaja lelaki tunggang lagak 'Superman' ditahan
Iklan
KLUANG - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang menunggang motosikal secara merbahaya dengan melakukan aksi 'Superman' yang tular di Facebook baru-baru ini, ditahan polis pada tengah hari Selasa.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, remaja berkenaan ditahan di rumahnya di Taman Kluang Barat dekat sini kira-kira jam 12.40 tengahari.