Peniaga ditahan jual gula RM3.90 sekilogram

Iklan
Seorang wanita ditahan di Kampung Rawa Bechah Laut, Tanah Merah pada Selasa dikatakan menjual gula pada harga RM3.90 sekilogram. - Gambar hiasan

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri Kelantan menahan seorang peniaga wanita yang disyaki menjual gula pada harga RM3.90 sekilogram iaitu melebihi harga kawalan.

Penguat kuasa KPDN turut menyita 51 kilogram gula dengan nilai keseluruhan RM145.35.

Iklan
Iklan

Wanita berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan di Kampung Rawa Bechah Laut, Tanah Merah pada Selasa itu dikatakan menjual gula pada harga RM3.90 sekilogram.

Pengarah KPDN negeri, Azman Ismail berkata, ketika serbuan mendapati terdapat transaksi jualan di premis yang menjalankan perniagaan runcit itu.

Iklan

Azman memberitahu, wanita berkenaan disiasat di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011 kerana menjual gula pasir kasar melebihi kawalan harga.

Azman (dua dari kanan) meraikan kakitangan pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KPDN di sini pada Rabu.

Menurut beliau, siasatan mendapati, wanita berkenaan membeli gula di dalam guni dan dipeket seberat 1 kilogram sebelum dijual kepada pelanggan.

Iklan

Katanya, harga kawalan yang ditetapkan ialah RM2.85 sekilogram.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara bagi individu manakala RM500,000 ke atas syarikat atau perbadanan," katanya.