Lebuhraya KL-Karak, LPT jadi 'litar' uji kelajuan

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu.

Polis pantau aktiviti menunggang motosikal berkuasa tinggi hingga langgar had laju

KUALA LUMPUR - Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dikesan menjadi lokasi tumpuan penunggang motosikal berkuasa tinggi untuk menduga kelajuan serta kebolehan jentera masing-masing sehingga membahayakan pengguna lain.

Walaupun had kelajuan maksimum di kedua-dua lebuh raya berkenaan adalah antara 90 hingga 110 kilometer sejam (kmj), namun ada motosikal berkenaan ditunggang sehingga 220kmj di laluan berliku dan berbukit bukau.

Iklan
Iklan

Timbalan Pengarah (Kepolisan/Siasatan/Sumber) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Radi Abd Rahman berkata, pihaknya sering mengesan aktiviti menunggang pada kelajuan tinggi iaitu antara 150kmj hingga 220kmj, yang dilakukan oleh kumpulan konvoi penunggang pada hari minggu.

* Baca laporan penuh di Sinar Premium

Iklan
Iklan