Filem 'Crossroad: One Two Jaga' menang pengarah terbaik, pelakon pembantu terbaik AIFFA
Iklan
FILEM yang baru sahaja meraih kemenangan besar dalam Festival Filem Malaysia ke-30 hujung bulan lepas, ‘Crossroad: One Two Jaga’, sekali lagi mencatatkan kejayaan cemerlang apabila merangkul anugerah Pengarah Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik di majlis Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) di sini malam ini.
Shahili Abdan, yang juga dikenali sebagai Nam Ron dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik, manakala Amerul Affendi sebagai Pelakon Pembantu Terbaik dalam pertandingan dwi-tahunan bagi pemain industri filem dari 10 negara Asean itu.