Gula dijual RM4.50 di Tanah Merah
Iklan
Antara luahan pengguna berkaitan harga gula yang dikongsi di media sosial.
TANAH MERAH - Sikap tidak bertanggungjawab segelintir peniaga di sini yang menjual gula dengan harga RM4.50 sekilogram mencetuskan keresahan dalam kalangan pengguna.
Seorang usahawan yang hanya ingin dikenali sebagai Rosnah, 43, berkata, dia terkejut apabila mendapati peruncit menjual gula pada harga tinggi dengan alasan bekalan sukar diperoleh.
Iklan
Iklan
"Apa yang dilakukan oleh peniaga berkenaan amat mengecewakan saya. Ketiadaan bekalan bukan alasan untuk menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya," katanya kepada pemberita disini pada Selasa.
Menurutnya, pengguna kini berada dalam keadaan tertekan apabila terpaksa berdepan dengan peningkatan mendadak kos sara hidup ketika ini.
Iklan
Ujarnya, dia berharap kerajaan dapat mengambil serius keluhan rakyat berkait dengan peningkatan harga barangan di pasaran.
Rosnah memberitahu, kegagalan kerajaan mengawal harga barang dibimbangi akan memberikan tekanan lebih dahsyat kepada golongan berpendaptan rendah termasuklah miskin tegar.
Iklan
Seorang lagi pengguna, Amran, 37, berkata, keadaan menjadi rumit apabila ada peniaga yang mengehadkan pembelian gula dengan alasan bekalan kurang.
"Sudahlah begitu, harga yang dijual agak tinggi antara RM3 hingga RM4. Mahu atau tidak sebagai pengguna kita tidak mempunyai pilihan kerana gula merupakan antara salah satu keperluan dalam kehidupan seharian.
Norihan, 39, memberitahu, kesukaran mendapatkan bekalan gula memberikan kesan kepada peniaga minuman sepertinya
Katanya, sebagai alternatif dia terpaksa menggunakan gula perang bagi memastikan perniagaan minuman di premisnya dapat diteruskan.
"Walaupun harga sekitar RM3 hingga RM5 sekilogram, namun setakat ini saya masih mampu bertahan dengan tidak menaikkan harga minuman," katanya.
Sinar Harian pada Isnin melaporkan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mengagihkan sebanyak 250,000 kilogram (kg) gula di pasar raya di seluruh negeri ini pada Isnin ekoran kekurangan stok bahan mentah itu di pasaran sebelum ini.
Pengarahnya, Azman Ismail berkata, agihan itu dilakukan secara berperingkat termasuk kepada pemborong dan peruncit dari masa ke masa.
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.