Tip kekal cergas ketika cuaca panas
Iklan
Cuaca panas pada ketika ini boleh menyebabkan berlakunya masalah kesihatan seperti strok haba.
SHAH ALAM - Pakar kesihatan mencadangkan beberapa cara untuk mengharungi cuaca panas pada ketika ini bagi mengelakkan berlakunya masalah kesihatan seperti strok haba.
Menurut Pakar Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan mengurangkan aktiviti luar.
Iklan
Iklan
"Saya menyarankan kepada orang ramai yang mahu beraya atau ke mana sahaja untuk berada di dalam rumah atau bangunan bagi mengelakkan tubuh kekurangan air.
"Apabila kita terdedah secara langsung dengan gelombang panas, ia menyebabkan badan berpeluh dan sekali gus mengakibatkan tubuh kurang air sehingga berisiko menghidap masalah strok haba,” katanya.
Iklan
Haliza berkata, langkah tersebut perlu juga disusuli dengan pengambilan air minuman yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 2.5 liter atau enam gelas sehari.
Pakar kesihatan mencadangkan beberapa cara untuk mengharungi cuaca panas pada ketika ini bagi mengelakkan berlakunya masalah kesihatan seperti strok haba.
Iklan
"Apabila tubuh tidak mendapat air yang mencukupi, ia akan mengakibatkan kekejangan dan keletihan yang boleh menyumbang kepada strok haba.
"Keadaan itu boleh menyebabkan seseorang pengsan sehingga berisiko berhadapan dengan kematian,” katanya.
Pada masa sama, beliau menegaskan orang ramai untuk duduk di kawasan yang terlindung daripada gelombang panas dan mempunyai pengudaraan baik.
Jelas Haliza lagi, daripada aspek pemakanan pula, orang ramai amat digalakkan untuk makan makanan seperti sup, buah-buahan yang berair antaranya tembikai dan betik.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>