Ten hag lega United menang

Iklan
Ten hag - Foto EPA

ERIK ten Hag boleh menarik nafas lega biarpun sekadar menang tipis ke atas Aston Villa 1-0 dalam perjalanan Red Devils meraih tiket Liga Juara-Juara musim depan.

Jurulatih dari Belanda itu menganggap United berada di landasan tepat untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam kelompok empat terbaik.

Iklan
Iklan

Kemenangan itu juga menamatkan rekod tanpa kalah 10 perlawanan Villa.

"Kami di landasan tepat (dalam persaingan empat teratas). Ia bergantung kepada kami," katanya.

Iklan

Bruno Fernandes muncul wira United apabila meledak gol tunggal pada minit ke-39 di Old Trafford.

Namun penyokong terpaksa berdepan waktu petang yang cemas apabila United gagal untuk menambah gol selepas itu.

Iklan

Ten hag memuji para pemain apabila menganggap mereka 'hebat' menguasai bola, meskipun bergelut untuk menyempurnakan beberapa peluang terbaik.

"Kami fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan dan selepas ini kami akan berdepan Brighton, jadi kami perlu bekerja keras sekali lagi.

"Kami perlu menunjukkan semangat yang tinggi sekali lagi dan tidak perlu bimbang mengenai kedudukan liga," katanya.

Kemenangan itu menyaksikan Red Devils tujuh mata di hadapan Liverpool yang menghuni tangga kelima.

United yang merangkul Piala Liga Awal musim ini berpeluang layak ke kejohanan berprestij Eropah bersama Manchester City, Arsenal dan Newcastle United.