'Pengundi luar pulang mengundi, rakyat tempatan sengsara'

Iklan
Norwahida (kiri), Dr Hafidzah

KOTA BHARU - Pengundi luar perlu diberi lebih banyak pendedahan mengenai isu yang berlaku di Kelantan supaya mereka tidak tersalah pilih dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketua Wanita UMNO, Norwahida Patuan berkata, ramai pengundi yang tinggal di luar Kelantan sebenarnya tidak memahami isu yang berlaku.

Iklan
Iklan

"Kita kena tegaskan kepada pengundi luar bahawa banyak isu di negeri ini yang sebenarnya mereka sendiri tidak faham.

Norwahida memberitahu, kefahaman itu yang perlu dibina kepada perantau kerana mereka mempunyai 'kuasa besar' untuk membantu rakyat yang ada di negeri ini.

Iklan

Norwahida turut mengakui faktor utama kemenangan Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 ialah pengundi muda dan pengundi luar.

"Kita boleh tengok apa yang Pas buat dan sebenarnya kena belajar daripada mereka sebab itu yang memberi kemenangan," katanya.

Iklan

Sementara itu, Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Kelantan, Dr Hafidzah Mustakim berkata, pengundi tidak boleh melihat kepada kluster mahkamah yang selama ini diuar-uarkan pembangkang.

"Rakyat sebenarnya perlu menilai pemerintahan Kerajaan Perpaduan yang menaikkan bajet kerajaan negeri.

"Kita boleh tengok sisi yang lain. Ada yang kata kluster mahkamah menyebabkan penolakan pengundi di Kelantan tetapi pencapaian kerajaan ini sudah boleh dilihat dengan membawa kejayaan pelabur luar iaitu RM170 bilion dan bukan jumlah yang kecil," katanya.

Dr Hafidzah memberitahu, mereka sudah mengadakan pertemuan dengan pengundi luar bulan lalu untuk memberi kefahaman mengenai perkara itu.