Kepelbagaian perayaan, budaya pengikat persaudaraan rakyat - PM
Iklan
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu perayaan dan budaya yang pelbagai di negara ini menjadi ciri utama yang mengikat persaudaraan seluruh lapisan masyarakat rakyat Malaysia.
Anwar menerusi catatan di Facebook selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah di Kota Kinabalu pada Ahad berkata, setiap lapisan masyarakat perlu memainkan peranan memastikan nilai kepelbagaian terus utuh dengan kasih sayang.