FAM sokong cadangan forum terbuka

Iklan
Hamidin. - Foto Bernama

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menyambut baik cadangan Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengadakan forum terbuka bersama pemilik kelab masing-masing.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, forum tersebut sudah tentu akan memberikan sesuatu yang positif terutama untuk meningkatkan mutu setiap pasukan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Hamidin berkata, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selaku badan pentadbir liga juga tidak pernah duduk diam dan sering mengadakan perjumpaan dengan ketua pegawai eksekutif (CEO) kelab masing-masing secara berkala.

"Liga ini di bawah MFL dan Datuk Ab Ghani Hassan selaku presiden MFL dan Stuart Ramalingam selaku CEO sering mengadakan perjumpaan secara fizikal atau dalam talian dengan CEO kelab-kelab.

Iklan

Sebelum ini, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mencadangkan satu forum terbuka diadakan melibatkan semua pemilik kelab Liga-M demi kemajuan bola sepak negara.

Menurut TMJ, forum terbuka itu diadakan untuk memudahkan penyokong bertanya sebarang persoalan mengenai perkembangan kelab masing-masing.

Iklan

Malah, terdapat juga cadangan yang mahu FAM dan MFL bersama dalam forum terbuka itu agar agenda forum boleh diangkat sebagai agenda nasional.

Selain itu, ia akan menjadi medium terbaik buat FAM dan MFL menjawab persoalan penyokong berhubung pelbagai isu membabitkan bola sepak negara.