Lima maut termasuk kanak-kanak angkara jiran mengamuk

Iklan
Lima orang dilaporkan maut dalam insiden pertengkaran antara jiran di sebuah kawasan perumahan di Cleveland, Texas. - Foto AP 

TEXAS - Lima orang dilaporkan maut dalam insiden pertengkaran antara jiran di sebuah kawasan perumahan di Cleveland, Texas, Amerika Syarikat (AS).

Menurut polis Texas, mereka percaya seorang lelaki membunuh lima jirannya itu selepas berlaku pertengkaran susulan suspek sedang berlatih menembak menggunakan senjata separa automatik di kawasan kejiranan berkenaan.

Iklan
Iklan

Kesemua mangsa berasal dari Honduras.

Mangsa yang maut antaranya, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun.

Iklan

Lain-lain mangsa, dua wanita yang ditemui terbaring di atas dua kanak-kanak yang masih hidup.

Kejadian dilaporkan berlaku lewat malam Jumaat.

Iklan

Menurut laporan polis, kesemua mangsa ditembak di bahagian leher dan ke atas dengan sasarannya pada bahagian kepala.

Suspek dipercayai warga Mexico iaitu Francisco Oropez yang merupakan seorang pelarian. - Awani