Nahas tiga kenderaan: Anggota tentera maut

Iklan
Suhaimi Amir Saidin

SLIM RIVER - Seorang anggota tentera maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang kereta dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di KM365.8 Lebuh Raya Utara- Selatan arah utara di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, Koperal Suhaimi Amir Saidin, 34, yang bertugas di Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati kereta Proton Waja yang dipandu lelaki berusia 37 tahun itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kedah.

"Setibanya di lokasi kejadian, dia terlanggar muatan lori dipercayai tayar terpakai yang tiba-tiba terjatuh lorong kanan.

Iklan

"Dia telah memperlahankan kenderaannya sebelum mangsa yang menunggang motosikal melanggar tepat keretanya dari arah belakang,” katanya.

Menurutnya, akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.

Iklan

"Keadaan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang 2km. Spesimen darah mangsa telah diambil untuk ujian toksikologi.

"Pemandu kereta dan pemandu lori berusia 20 tahun tidak mengalami kecederaan.

"Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.