PM ucap takziah kepada keluarga Mael XPDC

Iklan
Anwar mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mael, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar, Johor pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Syed Ismail Syed Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mael, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar, Johor pada Khamis.

Perdana Menteri berkata, sebagai antara nama besar dalam lapangan seni tanah air, khabar duka itu pasti akan meninggalkan dampak dalam industri muzik rock tempatan.

Iklan
Iklan

"Saya turut berduka dan mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh," ciap beliau dalam Twitternya di sini, pada Khamis. - Awani

Iklan
Iklan