Libatkan FAM, MFL dalam forum terbuka
Iklan
Laporan Sukan Sinar pada Selasa. Gambar kecil: Pekan Ramli
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) perlu digandingkan bersama dalam forum terbuka yang dicadangkan oleh pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini.
Pemerhati sukan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, ia bagi memastikan isu yang diutarakan dalam forum tersebut boleh diangkat sebagai agenda nasional, selain menjadi medium buat FAM dan MFL untuk menjawab persoalan penyokong.
Iklan
Iklan
"Bukan hanya kelab sahaja, sebaliknya penglibatan MFL dan FAM amat penting kerana saya yakin banyak perkara yang mahu ditanya oleh penyokong bola sepak negara.
"Sebarang isu yang diketengahkan mungkin boleh menjadi idea buat MFL dan FAM untuk direalisasikan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.
Iklan
Sebelum ini, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mencadangkan satu forum terbuka diadakan melibatkan semua pemilik kelab Liga-M demi kemajuan bola sepak negara.
Menurut TMJ, forum terbuka itu diadakan untuk memudahkan penyokong bertanya sebarang persoalan mengenai perkembangan kelab masing-masing.
Iklan
Pekan turut melihat penganjuran forum tersebut sebagai satu langkah yang baik dan semua pasukan perlu bersifat terbuka untuk memastikan cadangan itu dapat berjalan lancar.
Beliau berkata, tema forum itu juga perlu lebih menyeluruh dan relevan agar ia dapat membantu dalam meningkatkan mutu bola sepak negara.
"Mengambil contoh yang baik terutama apa yang dilakukan oleh JDT tetapi tidak semua kelab mampu untuk ikut seperti JDT.
"Alternatif untuk adakan forum ini adalah baik dan menarik minat mereka. Namun, kita tidak boleh terlalu memaksa dan jika ada kelab yang tidak setuju, kita label mereka sebagai tidak positif.
"Sebab saya rasa ketika ini banyak kelab yang tumpu untuk mengharungi saingan liga dan perlu ada masa sesuai untuk adakan forum tersebut,” katanya.
BERITA SEMASA 10 MEI 2024
Peminat sukan bola sepak tanah air boleh menarik nafas lega susulan pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim, yang menjalani pembedahan ketiga petang semalam, terus menunjukkan reaksi positif selain sudah menyatakan hasrat mahu pulang.
Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata pembedahan yang mengambil masa kira-kira tiga jam itu tertumpu pada prosedur 'skin allograft' atau tampalan kulit yang diimport dari Belgium dan Faisal menunjukkan semangat luar biasa untuk kembali pulih seperti sedia kala.
Shahril berkata pemain berusia 25 tahun itu akan mengharungi pembedahan susulan lain selepas ini namun ketika ini Faisal memerlukan rehat secukupnya untuk memastikan tampalan kulit yang tertumpu pada bahagian lengan dan rusuk 'serasi' dengan dirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664033/berita/sukan/doakan-faisal-pulang-sebelum-aidiladha
Muzik: Anotherchance dari www.bensound.com