Hala tuju politik: Tunggu habis puasa enam - Annuar Musa
Iklan
Annuar (kanan) hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Md Alwi (dua dari kanan) di Kota Bharu.
KOTA BHARU -"Tunggu selepas habis puasa enam," Itu respon ringkas yang diberikan oleh Pengerusi Pertubuhan Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa semasa diminta mengulas hala tuju politiknya oleh wartawan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad malam tadi.
Annuar berkata, buat masa ini beliau mahu menyelesaikan dulu ibadat sunat tersebut.
Iklan
Iklan
Sinar Harian pada Februari lalu melaporkan Annuar memberitahu, akan menyertai salah satu daripada tiga parti yang pernah membuat tawaran sebelum ini.
Annuar beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas di Kota Bharu.
Iklan
Beliau turut menjelaskan tidak akan menubuhkan parti baharu kerana bimbang semakin banyak perpecahan dalam kalangan rakyat terutama orang Melayu.
Iklan
Pada 9 Disember lalu, Annuar dipecat sebagai ahli UMNO selepas mencemuh parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>