Rakyat Malaysia terkandas di Sudan selamat berlepas ke Jeddah
Iklan
PUTRAJAYA - Kesemua 30 rakyat Malaysia yang terkandas di ibu negara Sudan Khartoum, selamat meninggalkan Port Sudan ke Jeddah Arab Saudi awal pagi Rabu (waktu Sudan).
Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) berkata, semua rakyat Malaysia meninggalkan pelabuhan itu dengan menaiki kapal tentera laut Arab Saudi, selepas menempuh perjalanan yang sukar selama 30 jam melalui darat bermula dari Khartoum.