Tiada tanda faktor semula jadi punca tanah runtuh - Nanta
Iklan
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Tiada tanda-tanda faktor semula jadi dikenal pasti menyebabkan runtuhan tanah di kawasan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin di sini, tengah hari Selasa.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, berdasarkan siasatan awal daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR), kebocoran paip air bawah tanah kemungkinan menyumbang kepada insiden berkenaan.