'Tidak perlu politikkan penganjuran rumah terbuka'

Iklan
Che Anuar

KOTA BHARU - Orang ramai tidak menganggap penganjuran rumah terbuka oleh kerajaan Pusat di negeri ini sebagai isu politik meskipun bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pesara badan berkanun, Che Anuar Che Ngah, 71, berkata, pendekatan itu merupakan usaha yang baik kerana dapat mengeratkan silaturahim antara barisan pemimpin dan rakyat.

Iklan
Iklan

Che Anuar juga berpendapat, hasrat itu bukan untuk berpolitik tetapi bertujuan mengeratkan silaturahim.

"Lupakan soal politik dan buka fikiran untuk berkasih sayang antara satu sama lain," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Sementara itu, kakitangan swasta, Mohd Emran Che Mohd Yasin, 31, juga bersetuju diadakan rumah terbuka di enam negeri yang bakal melaksanakan PRN.

Mohd Emran yang bekerja di Nilai Negeri Sembilan berkata, orang ramai boleh saling mengenali antara satu sama lain selain bertemu pemimpin.

Iklan

"Kita tidak perlu fikirkan politik sebaliknya berusaha mengeratkan hubungan antara satu sama lain," katanya.