50,783 disahkan terkorban dalam gempa bumi Turkiye

Iklan
Seramai 50,783 orang disahkan terkorban dalam dua gempa bumi kuat yang melanda Türkiye awal tahun ini. - Gambar hiasan

ISTANBUL - Seramai 50,783 orang disahkan terkorban dalam dua gempa bumi kuat yang melanda Türkiye awal tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu pada Sabtu.

"Pada masa ini terdapat 297 laporan orang hilang, 86 daripadanya ialah kanak-kanak. Jumlah migran yang terkorban pula seramai 7,302 orang. Pengecaman untuk 985 lagi mangsa masih dijalankan,” kata Soylu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sampel DNA telah diambil daripada pemohon dari Idlib, Afrin, Jarablus, Azez dan Mare semasa proses pengecaman.

Soylu berkata, proses membersihkan serpihan runtuhan juga sudah hampir selesai yang kebanyakannya di wilayah Hatay.

Iklan

"Semua bangunan yang akan dirobohkan telah dikosongkan. Dalam tempoh 10 hari, kita akan mula merobohkan bangunan yang rosak teruk,” katanya. - Bernama

Iklan