Wanita rentung, suami melecur dalam kebakaran

Iklan
Mangsa rentung dikeluarkan dari rumah yang terbakar sebelum diserahkan kepada pihak polis.

KUALA PENYU - Seorang wanita rentung manakala suaminya melecur selepas rumah yang mereka diami terbakar dalam kejadian di Kampung Gerowot di sini pada pagi awal Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa rentung Ninik Yanuwati, 48, ditemui di ruang tamu tingkat dua rumah berkenaan dan suaminya, Jumin Ansiu, 52, sempat menyelamatkan diri bersama dua anak mereka Ellisa Easwerina Christy, 13, dan Marakh Wilson Abed Nego, 9, serta ibunya, Sinap Suram, 78.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu Awang Mohd Sabree berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.57 pagi.

Katanya, seramai enam anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 16 kilometer dari BBP Kuala Penyu.

Iklan

"Hasil pemeriksaan lanjut, terdapat seorang mangsa wanita ditemui rentung manakala suaminya melecur di bahagian kaki ketika cuba menyelamatkan isterinya itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Awang berkata, mangsa rentung telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Iklan