Jangan cemari Aidilfitri dengan perkara tidak elok, berdosa - MB
Iklan
KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Rakyat negeri ini diingatkan agar mengeratkan kesatuan ummah dan tidak mencemari Hari Raya Aidilfitri dengan perkara-perkara yang tidak elok serta berdosa yang bertentangan dengan hukum syarak.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, rakyat disarankan memanfaatkan perayaan itu dengan aktiviti ziarah-menziarahi sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai, bagi sama-sama memohon kemaafan demi mengeratkan lagi hubungan silaturahim.