Gempa bumi lemah di Beluran, tiada ancaman tsunami
Iklan
KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah di laut berukuran 3.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Beluran, Sabah pada 9.07 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataannya memaklumkan, kejadian itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) di koordinat 6.6 darjah utara dan 117.4 darjah timur.