Lebih ramai pelancong ke Kelantan sempena Ramadan
Iklan
Ahmad (kiri) menyaksikan penyampaian zakat daripada Affin Islamic kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan yang diwakili Timbalan Yang Dipertuanya, Dr Nik Azlan Abd Hadi (kanan) bernilai RM100,000.
KOTA BHARU - Pengisian keagamaan dijangka menarik lebih ramai pelancong agama ke Kelantan sempena Ramadan ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pelbagai aktiviti keagamaan yang dilakukan untuk memberi kemahiran dan taranum di Madinah Ramadan.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, istimewanya tahun ini akan terdapat beberapa ustaz yang akan memberi tunjuk ajar dalam program daurah untuk meningkatkan keupayaan dan pemahaman al- Quran.
"Kita pernah dapat Anugerah Produk Pelancongan Terbaik Asia Pasifik 2013. Orang tak datang ke Kelantan untuk cari kepuasan hiburan tetapi untuk rasai kenikmatan puasa di sini. Ia suatu produk pelancongan yang jarang ada di tempat lain. Ada yang sudah tempah hotel untuk berada di sini hampir sebulan.
Iklan
"Justeru, kita harapkan kehadiran pelancong agama ini akan meningkat dan lazimnya ia melibatkan pelancong dari Singapura dan negeri berjiran kita.
"Dalam masa yang sama saya amat terharu dengan sokongan dan kerjasama semua yang menghulurkan sumbangan kewangan untuk menjayakan Madinah Ramadan kali ini,” katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Makan Malam Infaq Ramadan 1440/2019 Kota Bharu di sini semalam.
Iklan
Majlis itu dihadiri kira-kira 1,000 tetamu yang terlibat dalam program infaq berkenaan yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin; Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahma dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf.
Ahmad berkata, pagi semalam berlangsung majlis sumbangan infaq untuk Madinah Ramadan dan hasil kutipan sehingga kini bernilai RM1.46 juta termasuk hasil sumbangan malam tadi bernilai RM500,000.
Antara pengisian yang diaturkan sepanjang bulan Ramadan di Madinah Ramadan ialah berbuka puasa beramai-ramai setiap hari, tarawih, qiamullail, bersahur, khatam al- Quran, ijtimak pondok Malaysia, tadarus, pertandingan khat, sumbangan untuk asnaf, daurah al- Quran, himpunan belia bersama ustaz Azhar Idrus dan diakhiri dengan gema Aidilfitri pada 1 Syawal.
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.