Sultanah kurnia sumbangan kepada warga IPK Kelantan

Iklan
Muhamad Zaki (kanan) mengiringi Sultanah Kelantan mengurniakan sumbangan kepada penerima pada majlis pengurniaan sumbangan Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim di IPK Kelantan, Kota Bharu pada Selasa.

KOTA BHARU - Sultanah Kelantan, Nur Diana Petra Abdullah mencemar duli mengurniakan sumbangan kepada warga Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Selasa.

Baginda tiba di Dewan Dato Dr Abdul Rahman di sini pada jam 4 petang dan meluangkan masa selama setengah jam.

Iklan
Iklan

Hadir mengiringi Baginda Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Muhamad Zaki ketika ditemui berkata, seramai 10 penerima telah dipilih untuk menerima kurniaan daripada Sultanah Kelantan.

Iklan
Sultanah Kelantan bergambar kenangan bersama Perkep Kelantan.

Menurut beliau, ia merupakan penganjuran kali pertama dan warga IPK Kelantan begitu teruja dengan keprihatinan baginda.

"Majlis ini melambangkan hubungan erat antara raja dengan rakyat. Kita boleh lihat baginda begitu mengambil berat tentang rakyat dalam apa jua keadaan.

Iklan

"Dengan kata lain, raja dan rakyat berpisah tiada," ujarnya.