Polis tahan lelaki, rampas dadah RM4.5 juta

Iklan
Yahaya (tiga dari kiri) menunjukkan dadah yang dirampas.

KUALA LUMPUR - Taktik seorang lelaki menjadikan sebuah kondominium di Ampang, Selangor sebagai stor penyimpanan dadah dan mengedar dadah dengan menggunakan kereta mewah terbongkar selepas suspek ditahan pada Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.5 juta.

Iklan
Iklan

"Kita menahan seorang lelaki berusia 29 tahun di kawasan parkir sebuah pasar raya di Cheras dalam operasi khas yang telah dilancarkan.

Yahaya berkata, hasil soal siasat, sepasukan anggota polis dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kuala Lumpur merampas dadah jenis ecstasy, eremin 5, ketamin dan syabu dalam serbuan di sebuah kondominium pada Sabtu.

Iklan

"Modus operandi suspek adalah menjadikan kondominium dan kereta mewah sebagai stor simpanan dadah, sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan," katanya.

Beliau berkata, suspek tidak ada pekerjaan tetap dan menjadikan kegiatan pengedaran dadah sebagai punca pendapatan utama sejak dua bulan lalu.

Iklan

"Hasil ujian saringan awal, polis mendapati suspek negatif dan suspek juga tidak mempunyai rekod jenayah," katanya.

Yahaya berkata, suspek telah ditahan reman tujuh hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

"Kita berharap orang ramai dapat menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut," katanya.