Gerai jual mercun, bunga api terbakar tiada lesen
Iklan
KUALA LUMPUR - Gerai menjual mercun dan bunga api yang terbakar di Jalan Raja Bot, Chow Kit di sini, semalam, didapati tidak mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan.
Ketua Polis Daerah Dang Wang, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, satu kertas siasatan telah dibuka terhadap insiden yang tular di media sosial itu dan individu terbabit telah dikenal pasti.